Monday, 28 July 2014

Pengenalan Kursus

PENDAHULUAN

  Assalamualaikum, salam sejahtera , salam perpaduan, salam damai dan salam 1 Malaysia. Kami bertiga (Nadri, Eddie dan Rodel) merupakan guru pelatih baharu ambilan Jun 2014 yang sedang menuntut ilmu di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah. Pada semester pertama ini, kami diberikan  tiga kursus major dan lima kursus generik. Kesantunan Masyarakat Malaysia merupakan salah satu kursus generik wajib yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia. Tidak kenal maka tidak cinta. Maka marilah kita bersama-sama mengenali kursus dengan secara umum.

PENGENALAN KURSUS

  GSB1012 ialah kod yang diterima pakai oleh kesemua 27 IPG yang terdapat di Malaysia ketika ini bagi kursus Kesantunan Masyarakat Malaysia. Kursus ini juga lebih memfokuskan kepada konsep budi bahasa, kesantunan dalam berbahasa , konsep kesantunan dan perkaitannya dengan konsep penjagaan muka, strategi kesantunan, pembudayaan kesantunan dalam pengajaran dan pembelajaran; dan isu-isu yang berkaitan dengan kesantunan bahasa. Agak susah bukan? Sebenarnya tidak susah mana pun asalkan kita mempraktikkan dalam kehidupan seharian kita tidak kira tempat mahupun keadaan.

PENGENALAN PENSYARAH

Puan Norhayati Binti Idris

  Puan Norhayati Binti Idris nama diberi. Beliau merupakan pensyarah yang mengajar kursus ini. Kami lebih selesa memanggil beliau sebagai 'umi' kerana sifat beliau yang sangat keibuan dan sangat memahami kami sebagai pelajar. Umi mendapat pendidikan rendah di Sk. Kg Pandan Kuala Lumpur, kemudian meneruskan persekolahan di Smk. Convent Bukit Nenas Kuala Lumpur. Selepas menamatkan sekolah menengah, beliau menyambung pelajaran di Institut Bahasa Kuala Lumpur iaitu Sijil Perguruan Asas. Beliau mendapat ijazah pertama di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang pendidikan. Umi juga bekelulusan ijazah sarjana daripada UPM.

PENGENALAN AHLI KUMPULAN

  Mari kita pergi ke sesi perkenalan dengan para jejaka idaman kampus. :P

Nadri Gaspor


 Nadri Bin Gaspor merupakan satu-satunya jejaka yang berasal dari Sandakan, Sabah. Wajah abang Nadri sentiasa serius tapi selalu membuatkan rakan sekelas ketawa terbahak-bahak.Abang Nadri juga terkenal dengan lawak spontan dan bersahaja dan ini membuatkan beliau senang didekati. Abang Nadri merupakan Ketua Kumpulan bagi kursus ini.


Rodel Bolibol Brigido

Rodel Bolibol Brigido nama diberi. Abang Rodel boleh dikatakan Abang Long kerana dia merupakan satu-satunya guru pelatih yang lahir pada tahun 1995.Meskipun abang Rodel terkenal dengan sikapnya yang sangat aktif namun begitu beliau mempunyai kepetahan bercakap yang pastinya memukau setiap mata memandang dan telinga yang mendengar.Beliau yang mempunyai ciri-ciri 'natural leader' ini berpegang kepada prinsip 'Sentiasa Yang Terbaik'.

Eddie Charles Ferdinand
Eddie Charles Ferdinand nama diberi. Orangnya kecil molek tapi mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat keputusan. Nama seperti orang putih, tapi faktanya, abang Eddie merupakan Dusun tulen yang berasal dari Tambunan, Sabah. Abang Eddie merupakan Ketua Opsyen bagi kelas PPISMP Sejarah semester satu 2014.




3 comments: